Tarbiyatul Aulad: Perasaan Psikologi Terhadap Anak-Anak

Kehilangan apakah yang lebih teruk dibandingkan kehilangan hati, akal dan khlak anak-anak, kemudian jasad-jasad mereka tidak ubahnya seperti kayu tongkat yang tidak membawa suatu akiqah yang agung dan tidak hidup untuk sesuatu tujuan yang mulia? – Syaikh Wahbi Sulaiman Al-Albani

tarbiyatul aulad

Takut dan gusar dengan keadaan semasa, sudah tiba masanya kita sebagai ibubapa mengambil berat tentang pendidikan anak-anak kita.Salah satu kitab yang seharusnya menjadi bacaan dan rujukan setiap rumah (dan rumahtangga) adalah buku Tarbiyatul Aulad (Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam) yang disusun lengkap olehh Dr. Abdullah Nashih Ulwan.

Salah satu tajuk dalam buku tersebut adalah mengenai perasaan yang ditumbuhkan kedalam hati setiap ibubapa, seperti berikut:-

  1. Kedua ibubapa diberi fitrah untuk mencintai anak
  2. Kasih sayang terhadap anak-anak sebagai pemberian Allah kepada hambaNya
  3. Membenci anak perempuan adalah perbuatan jahiliyah
  4. Keutamaan orang yang tabah dalam menghadapi kematian anaknya
  5. Mendahulukan kepentingan Islam daripada cinta anak
  6. Menghukum dan meninggalkan anak untuk kepentingan pedagogi

Senarai diatas adalah perasaan yang diterbitkan oleh Allah swt kepada setiap hambanya sebagai hukum Alam. Tanpa perasaan ini, ibubapa tidak akan ada rasa kasih sayang, tanggungjawab terhadap keselamatan, pemberian nafkah serta pendidikan anak-anak.

Anak lelaki dan anak perempuan keduanya mempunyai hak masing-masing yang perlu dipenuhi. Inilah manifestasi keadilan dan persamaan yang digariskan dalam Islam secara jelas.

Ada juga diantara senarai diatas yang mengutamakan kemaslahatan seperti item 5 iaitu mengutamakan kecintaan terhadap jihad dan dakwah melebihi kecintaan terhadap keluarga dan anak. Kepentingan Islam mesti sentiasa diletakkan diatas kepentingan peribadi.

Manakala dalam item 6, perasaan tersebut adalah bersifat pendidikan. Ada masa anak dinasihati, dihukum dan dibiarkan sahaja. Anak-anak tidak boleh dihukum sehingga dilukai. Jika ada cara yang ringan, maka perlu didahului dengan cara yang ringan dahulu.

Sebagai ibubapa dan pendidik, kita perlulah memahami dan mendalami kaedah yang paling efektif dalam pendidikan anak-anak kita. Semoga anak-anak kita akan menjadi khalifah yang kuat jiwanya dan teguh imannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.