ALIF PlayNLearn:
Pelajari Islam Dengan Cara yang Menyeronokkan

Kanak-kanak belajar dengan berkesan melalui bermain! Sekarang, anda boleh menggunakan aktiviti berasaskan bermain (play-based) untuk membantu kanak-kanak belajar tentang Islam menggunakan modul ALIF PlayNLearn.

Mulai 1 Mei 2020, kami menawarkan EDISI E-BOOK yang menjimatkan anda sehingga 70% dari edisi bercetak!

Sesuai untuk ibubapa yang melakukan pembelajaran di rumah atau guru yang memerlukan bantuan tambahan dalam rancangan pelajaran Islam yang menyeronokkan di taska, tadika atau playgroup.


Bagaimana mengajar anak-anak mengenai Islam dengan cara yang menyenangkan dan berkesan?

“Bermain adalah tugasan kanak-kanak”. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan BERMAIN untuk membantu kanak-kanak belajar mengenai ISLAM dan menjadi seorang MUSLIM, kita membantu mempercepatkan  proses pembelajaran mereka.

ALIF PlayNLearn adalah sebuah set rancangan pelajaran yang terdiri daripada 60 rancangan pelajaran berdasarkan topik yang berkaitan dengan kanak-kanak dan perkara di sekeliling mereka.  Sesuai untuk pembelajaran di rumah atau di taska dan playgroup, pelajaran ditulis dengan terperinci supaya ibu bapa dan guru dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan mudah.

Setiap pelajaran merangkumi Circle Time, Story Time, Active Play atau Sensory Play, Song & Movement dan Arts & Crafts.

Pelajaran itu memberi kesedaran kepada kanak-kanak akan Allah sebagai Pencipta mereka (Awal Tauhid) serta kemahiran sosial (Akhlaq dan Adab) ketika mereka bermain dengan rakan-rakan mereka.


Kenapa Pilih ALIF PlayNLearn?

Modul ini dibina oleh pasukan pendidik kami, dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak, dan telah digunakan di lebih dari 50 taska dan playgroup di Malaysia.

JIMAT LEBIH DENGAN EDISI E-BOOK (BM)!

Harga untuk edisi bercetak:
RM1500 termasuk latihan untuk dua orang.

Harga untuk edisi e-book:
70% off : RM450!!


CEPAT dapatkan edisi E-Book dan JIMAT lebih!