Jom Main Masak-Masak!

By Shaharina Saad 

Permainan olok-olok (Dramatic Play) seperti memasak adalah di antara permainan kegemaran kanak-kanak.  Mereka gembira dapat melakonkan aksi orang dewasa. Mereka boleh menjadi ayah, ibu, bomba, tukang masak, saintis, doctor dan berbagai watak lain yang mereka gemari.

Photo: Alimkids Putra Heights

Tahukan anda ada banyak kelebihan untuk kanak-kanak melalui permainan olok-olok seperti ini?

Di antaranya:

  • Meningkatkan kemahiran untuk membuat perancangan. Sebelum bermain mereka perlu pastikan peralatan (alat permainan) sedia ada serta tempat untuk beraksi.  Mereka juga perlu menetapkan watak masing-masing dalam aktiviti ini.
  • Membentuk kreativiti pemikiran serta kaedah menyelesaikan masalah. Sekiranya tidak cukup alat permainan yang diperlukan mereka akan cuba mencari ganti atau membuat penyesuaian atau penambahbaikan.  Sediakan kotak pelbagai saiz, botol, benang atau kain perca untuk mereka jadikan sesuatu yang berguna dalam permainan mereka.  
Photo: Alimkids Putra Heights
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan menambahkan perbendaharaan kata. Bermain seorang diri mahupun bersama kawan-kawan mereka pasti sibuk berceloteh sambil bermain.  Di sinilah mereka mengembangkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
  • Dalam aktiviti ini,  adakalanya mereka akan bertukar-tukar watak serta berbincang tentang watak masing-masing. Perkara ini dapat meningkatkan perkembangan sosial dan juga emosi kanak-kanak.

Inilah di antara sebab mengapa kanak-kanak harus digalakkan bermain permainan olok-olok.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *