Tip Belajar Berkongsi.

By Shaharina Saad.

“Adik tak nak kongsi!”

“Ini Aina punya!”

Biasakan, ibubapa dengar keluahan anak-anak seperti ini?  Sebagai ibubapa pula, kita mahukan anak-anak kita pandai berkongsi barangan mereka dengan rakan atau adik beradik yang lain.  Apabila mereka enggan, tentunya kita pun stress kan?

Kanak-kanak mula belajar tentang perkongsian bermula pada usia lebih kurang tiga tahun. Walaupun mereka sudah tahu tentang konsep perkongsian, berkongsi kadang-kala tetap masih menjadi sukar untuk mereka lakukan.

Photo: Alimkids Bukit Jelutong

Namun begitu ibu bapa boleh membantu untuk menjadikannya lebih mudah untuk mereka dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:

🎯 Berikan pujian apabila anak berkongsi contohnya apabila berkongsi permainan dengan kawannya.

🎯 Sekiranya ada aktiviti berjumpa kawan sebaya mereka, beri penerangan ringkas dan panduan untuk berkongsi permainan sebelum itu.

🎯 Jangan paksa anak berkongsi permainan kesayangan jika anak tidak mahu, sorok permainan terbabit jika ada kanak-kanak sebayanya berkunjung ke rumah untuk mengelakkan terjadi perebutan.

🎯 Berkongsi akan menjadi lebih mudah apabila usia anak semakin meningkat, mereka akan faham bahawa berkongsi adalah salah satu cara untuk mereka berkawan dan bersosial.

Yang paling penting ibu bapa sendiri perlu sentiasa menunjukkan contoh yang baik dengan berkongsi dengan anak-anak dan menjadikan perkongsian adalah sesuatu yang menggembirakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *